Manusia dan semua yang memiliki jiwa pasti akan bertemu dengan titik akhir kehidupan ini: MATI. Kita semua telah ditakdirkan oleh ALLAH untuk mati dan kita semua akan dijemput entah esok, lusa, atau bilapun dalam keranda kematian.
Masa menjadi lampau berlaku, Demikian juga nikmat ALLAH yang diberikan oleh hamba-hambanya di dunia ini. Semuanya mempunyai pengakhirannya. Putaran yang bermula dengan laju menjadi pelahan, dan semakin pelahan kemudian berhenti. Bermula dengan bayi meningkat usia menjadi kanak-kanak, remaja, muda, tua, kemudian uzur. Yang rendah akan meninggi, tambah tinggi, memuncak, kemudian turun dan mendatar. Itulah Kehidupan. Kehidupan kita bagai anak panah yang lupa busurnya, terus pergi dan melesat, lepas bebas tanpa arah tuju yang akhirnya hilang tanpa pertanggungjawaban.
Diciptakanya sihat, sakit, kebahagiaan, kemarahan dan kesedihan adalah fasa kehidupan yang membuktikan hidup ini adalah kelelahan-kelelahan. Sakit adalah masa berehat dari sihat. Sihat adalah masa untuk memahami betapa mahalnya harga kehati-hatian. Demikian juga kesedihan ubatnya adalah kebahagian. Kemarahan diikuti kecerian dan seterusnya. Terjebak Fir'aun dalam kepemimpinannya yang zalim kerana tidak pernah rasa sakit pada dirinya. Ia melupa kematian. Bahkan hidup mati rakyat menjadi kuasa ditangannya. Nyawa masyarakat pada gengamannya.
Sakit dapat membawa kepada sikap putus asa, putus harapan. Sementara bahagian yang tidak berkesudahan juga boleh membawa kepada lupa diri yang berjuang pada ketakaburan.
Disini kita dapat sedar bahawa kita sedikitpun tidak menpunyai daya kekuatan tanpa bantuan dari ALLAH. Namun kesibukan yang hampir tiada hujung telah mewarnai hari-hari kita menyebabkan kita lalai dan susah untuk kembali seperti dinding yang tebal dan besar yang sukar untuk menebuknya. Kita menjadi lupa hingga akhirnya, kata "mati" terasa begitu aneh. Kesedaran baru muncul setelah hilang keluarga, orang yang paling dicintai atau rakan yang paling akrab dalam hidup.
Mati adalah kehidupan. Siapa yang telah pernah mengalami tahap-tahap kehidupan, akan pula berjumpa pada tahap kematian dan seterusnya. Setiap hari ada kematian, dan setiap hari ada berita tentangnya dan juga berbincang mengenainya. Tapi lalu lintas berita dunia tidak kalah bisingnya. Bahkan, itu menjadi topik utama. Setiap hari ada kesibukkan, keramaian dan pertentangan. Setiap saat ada kemajuan dan perubahan corak kehidupan, karier, reputasi. Semuanya itu menjadi hijab-hijab tebal untuk mema'rifati kematian.
Padahal tempoh panjang kematian mungkin tinggal besok saja lagi. Apakah kita sudah bersedia menghadapi pisahnya roh dan jasad?
Wallahu a'lam





